PUTRAJAYA 16 Mei – Bekas Guru Cemerlang Sains Gred Khas C, Hamzah Othman, 62, diangkat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2018 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-47 di sini hari ini. Beliau yang bersara awal pada 2010 dengan jawatan terakhir tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor, Terengganu menerima penghargaan dalam bentuk wang tunai RM45,000 sumbangan Yayasan Tun Hussein Onn dan Bank Islam, plak, pingat dan sijil penganugerahan. Hadiah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dengan disaksikan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Semin.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya