KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador bakal menerajui unit perisikan polis itu dengan membuat kemunculan kembali daripada pesaraan hari ini. Abdul Hamid menggantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff yang berkhidmat secara kontrak. Kontrak Mohd. Mokhtar sepatutnya tamat pada September depan. Kosmo! difahamkan serah terima tugas itu akan dilakukan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Mohd. Haniff Hanuddin secara dalaman hari ini tanpa jemputan pihak media. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya