KANGAR – Guru atau pendidik harus kritis serta mampu berfikir kelas dunia bagi menjayakan transformasi pendidikan negara, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Titah baginda, guru sebagai agen penting dalam proses tersebut juga harus bersedia berubah melaksanakan tugas ke arah kaedah luar biasa, berdaya tahan dan terkehadapan daripada ibu bapa atau pelajar mereka. “Transformasi pendidikan adalah berkaitan menganjak kualiti generasi baharu ke arah pemikiran universal dan mengimbangi ilmu, integriti serta akhlak selaras falsafah pendidikan kebangsaan,” titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin bertitah merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis 2018…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya