PUTRAJAYA 22 Mei – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji semula akta-akta tertentu yang melibatkan kebebasan media di negara ini dalam usaha memastikan laporan berita disampaikan tanpa kekangan. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, selain Akta Antiberita Tidak Benar 2018, akta-akta itu termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kanun Keseksaan. Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa wujud halangan tertentu ekoran penguatkuasaan akta berkaitan sehingga menyebabkan kandungan berita yang dihasilkan kerap dipertikaikan. “Pihak kementerian mahu satu sistem yang mana para wartawan bebas menulis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya