KUALA LUMPUR 13 Mei – Desas-desus Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo bakal dilantik sebagai menteri Kabinet akan terjawab selewat-lewatnya minggu depan. Spekulasi itu sudah mula bertiup kencang sejak Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pengerusi Biro Undang-undang DAP itu bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada nama beliau tersenarai sebagai menteri atau timbalan menteri dalam pembentukan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. “Setakat ini saya tidak tahu sama ada nama saya ada atau tidak. Tunggulah Perdana Menteri buat pengumuman, saya ikut apa sahaja keputusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya