NEW YORK – Sebuah gitar berwarna kuning yang ditempah khas milik penyanyi dan penulis lirik Amerika Syarikat (AS), mendiang Prince dijual pada harga AS$225,000 (RM893,812) di New York kelmarin mendahului jualan barang kemas, pakaian dan memorabilia ikon pop terkenal itu, kata agensi lelongan Julien’s. Gitar kuning itu digelar Cloud lantaran keunikannya seperti bentuk yang seakan-akan berputar selain turut terdapat simbol signatur cinta Prince yang diukir di antara bilah penentu ruang nada. Menurut Julien’s lagi, sebelum ini gitar itu dinilai pada harga antara AS$60,000 (RM238,350) hingga AS$80,000 (RM317,800). Cloud dibuat khas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya