SEREMBAN 23 Mei – Dua anggota Geng Mamak yang ditembak mati oleh polis di Rembau, dekat sini semalam, dipercayai terlibat dalam 45 kes samun yang mengakibatkan kerugian RM1 juta. Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 33 dan 35 tahun dengan alamat terakhir di Taping, Perak ditembak selepas mereka terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah anggota polis. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kejadian berbalas tembakan antara suspek dan sekumpulan anggota polis berlangsung dalam tempoh kurang 10 minit. Menurutnya, kedua-duanya suspek mati di tempat kejadian manakala anggota polis terlibat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya