KOTA KINABALU 27 Mei – Gempa bumi lemah berukuran 3.8 skala Richter dilaporkan melanda daerah Lahad Datu, dekat sini pada pukul 3.53 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gempa tersebut berlaku lapan kilometer dari barat laut Kunak dan pada kedalaman 10 kilometer dari bumi. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami akan berlaku. Sementara itu, difahamkan gegaran berkenaan turut dirasai di kawasan Semporna dan Kunak. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya