BANGKOK 22 Mei – Walaupun pasukannya menjadi ‘lauk’ dalam penampilan sulung Piala Thomas di Bangkok, namun pemain Algeria, Adel Hamek gembira kerana akhirnya dapat bertemu idolanya, Datuk Lee Chong Wei. Chong Wei juga telah berjanji kepadanya akan memberikan baju yang ditandatangani olehnya apabila kejohanan ini berakhir, pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh Adel, 25. “Terima kasih kepada anda (media Malaysia) kerana menyampaikan hasrat saya kepada Chong Wei. Ya, saya sudah bertemu dengannya dan dia kata akan beri baju dengan tandatangannya kepada saya nanti. “Ini adalah pengalaman yang cukup menyeronokkan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya