SISTEM demokrasi di Malaysia yang melibatkan negeri-negeri menjadi tarikan masyarakat umum termasuk di luar negara apabila berjaya menampilkan proses peralihan kuasa yang aman. Kestabilan negeri-negeri dapat dikekalkan melalui peranan dimainkan oleh Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua negeri. Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menyaksikan terdapat parti politik tidak memenangi majoriti mudah seperti di Perak, Sabah dan Kedah sekali gus menjadikan pembentukan kerajaan negeri tergantung seketika. Dalam hal ini, pihak Sultan dan Yang Dipertua negeri memainkan peranan penting dalam membuat pertimbangan siapakah Ahli Dewan Undangan Negeri yang mempunyai sokongan majoriti mudah untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya