ANKARA 17 Mei– Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (gambar) berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ‘lumpuh’ ketika berdepan dengan kes tentera Israel membunuh lebih 60 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza semasa bantahan pada awal minggu ini. Al Jazeera melaporkan, Erdogan menyifatkan PBB sebagai sudah ‘tamat’ kerana tidak bertindak balas terhadap kekejaman Israel yang berterusan terhadap kumpulan penunjuk perasaan di wilayah berkenaan. Pada Isnin lalu, tentera Israel membunuh lebih 60 penunjuk perasaan Palestin di sepanjang pagar Gaza-Israel ketika berpuluh-puluh ribu orang menyertai perhimpunan Great March of Return dan membantah pembukaan Kedutaan Amerika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya