ALOR SETAR 15 Mei – Sebanyak enam cedera dalam kemalangan melibatkan 15 kenderaan termasuk sebuah lori di Jalan Alor Mengkudu berdekatan persimpangan lampu isyarat Simpang Kuala di sini pada pukul 4.10 petang tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah lori yang terbabas dipercayai brek kenderaan itu tidak berfungsi sebelum merempuh 14 kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat jalan berkenaan. “Seramai enam yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya