PUTRAJAYA 16 Mei – para pemimpin DAP dilihat sekali lagi memasuki bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mereka ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung, Lim Guan Eng; Timbalan Pengerusi, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi, Anthony Loke. Difahamkan, pertemuan tersebut bertujuan memuktamadkan senarai nama bagi jawatan dalam Kabinet dari parti tersebut. Dr. Mahathir dijangka keluar dari bangunan ini kira-kira pukul 11 pagi bagi menghadiri Mesyuarat Pengampunan berhubung pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya