GEORGE TOWN – Empat pelajar Sekolah Tunas Bakti Telok Air Tawar di sini melarikan diri dari sekolah itu hari ini. Kehilangan empat tahanan juvana berusia antara 15 dan 18 tahun itu disedari pembantu Kebajikan Masyarakat sekolah itu semasa sesi kaunseling kira-kira pukul 10 pagi ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Polis Noorzainy Mohd. Noor mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, siasatan awal polis mendapati satu daripada jeriji tingkap di asrama telah dipotong dan kesemua mereka dipercayai meloloskan diri melalui tingkap itu. “Dua daripada suspek berumur 18 tahun itu sebelum ini pernah melarikan diri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya