KOTA KINABALU – Empat lelaki warganegara asing ditahan kerana dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bom ikan di perairan Pulau Mengalum di sini semalam. Kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu ditahan ketika berada di atas sebuah bot bersama muatan ikan seberat 50 kilogram (kg) di perairan terbabit. Pengarah Maritim Zon Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Adam Aziz berkata, keempat-empat kru bot itu ditahan kira-kira pukul 5 petang kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan lesen bot yang sah. “Ketika melakukan rondaan OP Api di sekitar Pulau Gaya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya