TAPAH – Polis menahan empat suspek dalam tempoh 20 minit selepas dipercayai terlibat dalam tiga kes samun bersenjatakan parang di tiga buah rumah berasingan di Bidor dan Air Kuning di sini semalam. Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten Komisioner Som Sak Din Keliaw berkata, keempat-empat suspek berusia 21,27 dan 39 tahun ditahan di Kampung Koh, Bidor di sini pada pukul 3.30 petang selepas melakukan jenayah tersebut. Jelasnya, berdasarkan laporan kes pertama, mereka menyamun seorang lelaki berusia 32 tahun dengan bersenjatakan parang pada pukul 9.50 pagi di sebuah rumah di Bidor dekat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya