KEMAMAN 22 Mei – Pencerobohan nelayan asing terutama dari Vietnam masih berleluasa, dan mereka seakan tidak serik walaupun tindakan tegas terus diambil. Terbaharu, semalam empat buah bot bersama 37 nelayan ditahan oleh kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Operasi Perkasa Timur di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kira-kira 120 batu nautika dari Kuala Kemaman. Ketua Zon Maritim Kemaman, Left. Komander Maritim Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata, kesemua empat buah bot ditahan ketika sedang menangkap ikan secara ganding. “Hasil pemeriksaan, kesemua 33 awak awak dan 4 tekong berumur 18 hingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya