EKONOMI Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus pada tahun 2017 berbanding 4.2 peratus pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan tersebut dipelopori oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan juga perladangan. Bagi tahun ini, Jabatan Perangkaan Malaysia menjangkakan ekonomi negara akan berkembang baik dan ia dipacu oleh pengukuhan berterusan penggunaan swasta. Dengan jangkaan penurunan dalam pelaburan awam, pembentukan modal tetap kasar akan dipacu terutamanya oleh peningkatan perbelanjaan modal sektor swasta yang dijangka dapat dikekalkan oleh aliran berterusan projek dan pelaburan modal dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Bagi mendapatkan penjelasan terperinci serta laporan penuh tentang pertumbuhan ekonomi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya