KUCHING 14 Mei – Ekonomi digital akan menjadi teras utama kerajaan negeri untuk membangunkan Sarawak selari dengan kemajuan dalam bidang teknologi hari ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, perkara itu perlu diberi penekanan kerana semua urusan pada masa ini lebih menjurus menggunakan teknologi maklumat (IT). Katanya, jika tidak berubah sudah pasti Sarawak akan ketinggalan berbanding negara maju lain yang sudah lama mengaplikasikan ekonomi digital. “Justeru, pengenalan ekonomi digital di Sarawak amat bertepatan sekali selari dengan usaha untuk terus melonjakkan ekonomi negeri,” katanya berucap merasmikan Persidangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya