BATU PAHAT 22 Mei – Lapan buah kenderaan terlibat dalam kemalangan dipercayai akibat sebuah lori yang mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat Sri Medan, di sini pagi tadi. Dalam kemalangan pada pukul 11.15 pagi itu, tiada kecederaan terhadap kesemua mangsa yang terlibat, namun berpuluh-puluh biji buah durian yang dibawa sebuah pikap bertaburan di atas jalan raya ekoran nahas itu. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kelapan-lapan buah kenderaan tersebut datang dari arah Batu Pahat menghala ke Yong Peng termasuk lori terbabit yang membawa muatan kayu. “Ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya