KUALA LUMPUR 31 Mei – Dua remaja nyaris maut selepas terperangkap dalam arus deras akibat banjir di ladang kelapa sawit di Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu dekat sini petang tadi. Kedua-dua remaja tersebut Nurul Izzah Amir Hashim dan Noressyarenny Shariff masing-masing berusia 13 tahun berlindung berhampiran sebuah kandang lembu dalam ladang kelapa sawit berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.40 petang sebelum tiba di lokasi kejadian. “Selain 14 anggota dan pegawai bomba, turut terlibat dalam usaha mencari mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya