KUALA LUMPUR 25 Mei – Skuad basikal trek Sukan Asia 2018 negara merancang untuk menggugurkan dua daripada lima pelumba pecut lelaki dalam usaha merealisasikan sasaran membawa pulang tiga emas daripada temasya yang bakal berlangsung di Indonesia itu pada Ogos nanti. Pengurus pasukan, Firdaus Arshad berkata, langkah mengecilkan barisan pelumba pecut tersebut bertujuan memberi tumpuan lebih rapi dalam membentuk gandingan mantap tiga pelumba terbaik dan yang cukup cergas yang dimiliki negara ketika ini. “Sebenarnya kami sudah hantar senarai lima nama pelumba pecut lelaki kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menyertai acara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya