ALOR SETAR – Mayat lelaki dan perempuan disyaki mangsa bunuh ditemui di dalam parit berhampiran sawah di Kampung Bukit Lembu, Mukim Kedawang di Langkawi dekat sini. Kedua-dua mayat itu bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mayat lelaki ditemui kira-kira pukul 12.10 tengah hari Rabu lalu manakala mayat perempuan ditemui kira-kira pukul 6.38 petang semalam. Kata beliau, kedua-dua mayat disyaki telah meninggal dunia antara lima hingga tujuh hari lalu berikutan keadaan mayat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya