PUTRAJAYA 14 Mei- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan menerima kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini. Menurut sumber, Dr. Mahathir akan menerima kunjungan Sultan Brunei di Yayasan Kepimpinan Perdana pada pukul 12 tengah hari. “Baginda dan Dr. Mahathir akan membuat pertemuan pada pukul 12 tengah hari di sini,” kata sumber itu ketika ditemui di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. Menurut sumber itu lagi, Dr. Mahathir tidak akan memasuki pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini kerana mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara dan semua Ketua Setiausaha…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya