MESKIPUN menjaringkan empat gol ketika membelasah Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Kuantan kelmarin, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyifatkan para pemain skuad Tok Gajah masih belum mencapai kualiti permainan pada tahap sewajarnya. “Kita menang 4-0 tetapi dari segi permainan, saya tak puas hati. Bagaimanapun, kemenangan ini sangat penting untuk memulihkan semangat pemain-pemain selepas pasukan ini tewas tiga kali pada perlawanan sebelum ini,” ujar Dollah. Sebagai rekod, Pahang gagal meraih tiga mata pada empat perlawanan terdahulu setelah tewas tiga kali dan satu seri, sekali gus memberi tekanan kepada para…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya