JEMPOL – Seorang doktor hilang nyawa selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas di Jalan Besar Palong 9,10,11 dekat sini pagi tadi. Dalam kejadian pukul 9.35 pagi itu, mangsa, Azimuddin Ismail, 29, yang bertugas di Klinik Kesihatan Palong 9,10,11 meninggal dunia akibat parah pada kepala. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim, berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta Perodua Viva dalam perjalanan dari arah Keratong ke tempat kerjanya. “Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan. Kenderaan mangsa kemudian berpusing dan terbalik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya