PARIS 31 Mei – Bekas juara, Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka Perancis buat kali ke-13 berturut-turut setelah menewaskan pencabar dari Perancis, Jaume Munar 7-6 (7/1), 6-4, 6-4, sementara pilihan kedua, Alexander Zverev bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan dalam pertarungan lima set ke atas Dusan Lajovic. Djokovic, pemenang 2016 di Roland Garros dan bekas pemain No. 1 dunia diletakkan selaku pilihan ke-20, tahun ini, selepas dia terpaksa bergelut bagi mendapatkan kembali prestasi terbaiknya sebaik pulih daripada kecederaan siku kanannya. Dia gagal mempamerkan persembahan terbaiknya di Gelanggang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya