SEDEKAD yang lalu, Mulan Jameela pernah menggemparkan industri muzik Nusantara menerusi single Makhluk Tuhan Paling Sexy. Gemilang karier Mulan pada waktu itu memancar cerah, lebih-lebih lagi selepas isteri kepada vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani itu mencipta sukses menerusi kumpulan vokal Ratu dua tahun sebelumnya. Namun sayang, sukses yang digapai Mulan hanyalah sementara. Selepas melancarkan single Makhluk Tuhan Paling Sexy dan Wonder Woman, pemilik nama lengkap Raden Terry Tantri Wulansari itu seperti hilang daripada radar dunia hiburan. Walaupun cuba memenangi kembali hati peminat pada tahun 2013 menerusi album studio kelima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya