TELUK INTAN – Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih maut selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang melintas jalan di Kilometer 21, Jalan Teluk Intan-Langkap di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 8.45 malam itu, Salamiah Basri, 74, mengalami kecederaan parah pada anggota badan dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, sewaktu kejadian, lori dipandu lelaki berusia 61 tahun itu dalam perjalanan dari Langkap ke Teluk Intan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya