KUALA LUMPUR 17 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan penguatkuasaan menggunakan pembungkus makanan biodegradasi dalam kalangan penjaja di tapak bazar Ramadan sekitar ibu negara. Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL, Datuk Mustafa Mohd. Nor berkata, penjaja yang gagal menyediakan bahan pembungkus makanan daripada bahan mudah terurai akan dipantau oleh inspektor makanan daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL. “Larangan yang dikuatkuasakan sejak awal September tahun lalu itu adalah inisiatif untuk menguruskan sisa sampah secara mampan. “Notis amaran akan dikeluarkan bagi kesalahan pertama dan akan disusuli kompaun jika didapati melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya