ALOR SETAR 12 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim sebagai calon Menteri Besar yang baharu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Arau menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini pada pukul 11.30 pagi tadi untuk menyerahkan cadangan nama calon Menteri Besar itu. “Tarikh angkat sumpah jawatan Menteri Besar akan ditentukan oleh pihak istana Perlis,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya