KUANTAN – Penyerang import Brazil yang beraksi bersama Pahang, Patrick Cruz terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya dua minggu akibat kecederaan pangkal paha. Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh juga tidak menolak kemungkinan skuad Tok Gajah bakal kehilangan khidmat Cruz sehingga tiga minggu. “Dia (Cruz) mengalami kecederaan pangkal paha dan mungkin mengambil masa selama dua minggu untuk pulih kerana saya lihat ia agak serius,” ujar Dollah. Ketika membantu Pahang menewaskan Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Darul Makmur di sini malam semalam, Cruz terpaksa dikeluarkan pada minit ke-17. Posisi Cruz digantikan R. Kogileswaran yang melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya