TIDAK menghairankan apabila Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan beliau agak gementar dan masih menyesuaikan diri dengan tanggungjawab mengurus sebuah kementerian yang boleh dikelaskan dalam bahagian kritikal. Gementar bukan sahaja kerana sebagai menteri beliau mempunyai protokol tertentu tetapi juga kerana portfolio beliau berkait rapat dengan negara jiran apabila faktor pertahanan dan keselamatan diambil kira. Mohamad sebagai ahli politik lebih sinonim dengan sikap bersahaja beliau dan kadang kala bercakap secara semberono dan sebab itu kegusaran beliau amat difahami kerana tanggungjawab yang dipikul bukan calang-calang beratnya. “Saya perlu cermat kerana sebarang percakapan akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya