BANGKOK 19 Mei – Hasrat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menukar sistem mata permainan tidak kesampaian selepas gagal mendapat mandat daripada ahli gabungan. Biarpun 129 delegasi memilih untuk bertukar kepada sistem baharu 11 mata dengan lima set terbaik dan hanya 123 mahu sistem 21 mata (tiga set terbaik) kekal, namun pertukaran tidak dapat dilakukan kerana gagal mendapat undi majoriti dua pertiga. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BWF yang diadakan di Forum Impact hari ini juga bersetuju untuk menetapkan ketinggian melakukan servis kepada 1.15 meter.- UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya