JERANTUT 29 Mei – Empat orang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jengka Pahang berjaya menghasilkan buku mengenai kehidupan Orang Asli etnik Batek di Taman Negara Kuala Tahan di sini selepas menjalankan penyelidikan selama empat tahun. Buku yang bertajuk Batek: The Forest People of Pahang itu adalah hasil buah tangan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa UiTM Pahang, Dr. Badli Esham Ahmad, Dr. Tengku Intan Baizura Tengku Sharif, Yusri Mohamad Noor dan Mohd. Rozaidi Ismail. Kandungan buku tersebut membabitkan penulisan mengenai metodologi sosiobudaya, bahasa, kesenian, makanan, tempat tinggal, adat perkahwinan, acara pengebumian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya