MENGUNJUNGI bazar Ramadan menjadi antara momen ditunggu-tunggu Muslimin dan Muslimat yang menggemari juadah ringkas dan kepelbagaian pilihan makanan untuk berbuka puasa. Justeru, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menawarkan lebih 300 juadah termasuk 24 gerai berkonsepkan pasar malam sempena bufet Selera Ramadan di Restoran Riverside, PWTC bermula 17 Mei hingga 13 Jun ini. Antara menu signatur pasar malam yang disediakan ialah apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti John, martabak, roti canai, cempedak goreng, sate, cakoi, tauhu bakar dan aneka jenis kuih Melayu. Bezanya, para tetamu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya