JELANG Ramadan setiap tahun dia akan ke rumahku. Meninjau-ninjau sekeliling persekitaran laman rumahku. Melangut pohon nyiur yang kebanyakannya sudah agak tinggi menjulang. Namun kelihatan buahnya berkeruntoi lebat di mayangnya. Aku tahulah maksudnya itu. “Lebat juga nyiur pokok kau ni. Cukup ni untuk dibuat bubur lambuk di masjid selama sebulan Ramadan ni.” “Nanti aku datang kait ya.” “Datanglah kait bang Din”, sahutku kesukaan. Suka benar hatiku dapat menyumbang buah nyiur kepada masjid kampungku sempena Ramadan pada setiap kali Ramadan mutakhir ini. Pokok nyiur banyakku tanam di sekeliling rumahku memberiku rezeki-Nya tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya