KUALA LUMPUR – UMNO menyifatkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membubarkan beberapa agensi lebih berupa satu bentuk ‘hukuman’ kepada rakyat. UMNO melalui kenyataan daripada Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabatnya berkata, dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbiran setiap ceruk negara dipantau. “Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) misalnya ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” kata kenyataan itu. Katanya, mungkin ada kebenaran bahawa kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya