LONDON 25 Mei – Satu siasatan rasmi akan dijalankan oleh Dewan Rakyat Britain bagi meninjau sistem automasi serta robotik dan kesannya kepada masa depan sektor pekerjaan, lapor agensi berita Xinhua. Siasatan oleh Jawatankuasa Strategi Perniagaan, Tenaga dan Perindustrian akan melihat kesannya terhadap perniagaan Britain dan potensinya untuk produktiviti, pertumbuhan dan perindustrian. Menurut Ahli Parlimen, Rachel Reeves, siasatan itu dibuat berikutan kebimbangan bahawa sehingga 30 peratus pekerjaan di Britain berisiko untuk digantikan dengan sistem robot pada 2030. Satu persoalan yang akan turut dibincangkan adalah mengenai isu sama ada robot yang mengambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya