KENINGAU – Bosou Sada, yang dalam bahasa Dusun bermaksud jeruk ikan, merupakan antara juadah berbuka puasa paling popular masyarakat suku kaum itu di daerah ini. Ia merupakan makanan tradisional diperbuat daripada ikan sungai air tawar selain ditambah garam, halia dan nasi yang disejukkan selama dua jam sebelum digaul sebati dan disimpan dalam bekas kedap udara selama seminggu. Peniaga Bosou Sada, Ina Angkubut, 34, berkata, sepanjang Ramadan ini, beliau menjual 20 bekas makanan itu sehari dengan harga RM13 setiap satu. Jelasnya, kelazatan Bosou Sada telah menarik ramai pelanggan ke gerainya untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya