KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah memeriksa sebanyak 95 premis dalam Program Keselamatan Kebakaran Bangunan di seluruh negeri ini. Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, pasar raya adalah bangunan yang paling banyak diperiksa iaitu 40 buah selain hotel, hospital dan tempat-tempat tumpuan ramai. Beliau berkata, aspek keselamatan perlu dilihat lebih khusus bagi memastikan tahap keselamatan premis sentiasa dalam keadaan baik kerana ia bakal menjadi lokasi tumpuan termasuk perantau yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri nanti. Nazili berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jalinan Mesra dan Berbuka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya