LUNDU – Pasukan bomba dan penyelamat Lundu melancarkan operasi mencari dan menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Batang Kayan di sini awal hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Lundu menerima laporan kejadian pada pukul 2.37 pagi. Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Norrahim Hipni, 20-an, dikatakan terjun ke sungai itu secara tiba-tiba dari Pangkalan Haji Mahyan. ” Buat masa ini pasukan mencari dan menyelamat yang turut disertai polis dan penduduk kampung mengesan mangsa di permukaan air,” katanya ketika dihubungi hari ini. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya