KUALA LUMPUR 10 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Barisan Nasional (BN) akan menghormati segala keputusan yang bakal dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhubung siapa bakal menjadi Perdana Menteri. Pengerusi BN itu berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan, pemilihan jawatan pemimpin negara itu adalah berdasarkan prinsip siapa yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. “Oleh kerana tidak ada sebuah parti yang mendapat majoriti mudah, Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan siapa bakal dilantik oleh Tuanku sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya