AWANG menyambut baik sebarang usaha untuk memperkasa dan meningkatkan lagi produktiviti industri asas tani di negara ini. Lakukanlah yang terbaik untuk memastikan sektor ini dapat membantu golongan petani, nelayan dan penternak meningkatkan pendapatan mereka. Begitu juga dengan rakyat sebagai pengguna dapat menikmati hasil sektor ini pada harga yang berpatutan. Tidak dinafikan, sebelum ini, pelbagai program dilakukan oleh peneraju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini yang sedikit sebanyak membantu meningkatkan produktiviti industri. Bagaimanapun masih ada yang boleh diperbaiki. Sektor pertanian juga perlu diperkasakan supaya negara tidak terlalu bergantung kepada import…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya