WALAUPUN pernah dituduh sebagai ‘dedak’, Awang semalam menarik nafas lega kerana akhirnya kerajaan Pakatan Harapan mengakui keperluan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). BR1M mula diperkenalkan oleh kerajaan sebelum pakatan selepas melaksanakan agenda rasionalisasi subsidi yang menjimatkan perbelanjaan negara. Subsidi yang dapat dijimatkan itu kemudian dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk program pembangunan rakyat dan pemberian bantuan bersasar seperti BR1M. Di peringkat awal, pemindahan tunai perlu mengutamakan kumpulan yang benar-benar kurang bernasib baik dan sama penting bagi penerima BR1M untuk keluar daripada kelompok berpendapatan rendah dari semasa ke semasa. Pendirian kerajaan mengekalkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya