HAMPIR kesemua negeri kini telah membentuk kerajaan negeri setelah rakyat negara ini memilih pemimpin mereka pada hari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kita yang ketujuh kelmarin. Semua pihak perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat. Pilihan rakyat adalah muktamad dan tidak sepatutnya dipertikaikan apatah lagi diperlekehkan. Sekali lagi negara ini telah membuktikan bahawa sistem demokrasi yang dilaungkan bukan sekadar kata-kata tetapi telah berjaya dilaksanakan. Justeru, sekarang adalah masa untuk pemimpin-pemimpin yang dipilih ini bekerja dan menunaikan janji-janji…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya