HAWAII 18 Mei – Letusan kuat gunung berapi Kilauea telah menghamburkan debu setinggi 9,100 meter ke udara. Lapor BBC, letusan tersebut berlaku pada 4.15 pagi waktu tempatan dan penyelidik memaklumkan lebih banyak letusan yang sama akan berlaku pada bila-bila masa dalam waktu terdekat. Berikutan kejadian terbaharu, kakitangan di pusat pemerhati dan taman negara telah dipindahkan. Sejak berlaku rekahan baharu selepas Kilauea meletus hampir dua minggu lalu, berpuluh-puluh rumah musnah dan ratusan penduduk terpaksa berpindah. Tanda amaran penerbangan warna merah telah dikeluarkan untuk mengingatkan juruterbang supaya menghindari kawasan awan berdebu akibat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya