ARAU 16 Mei – “Biar Tuanku memutuskan segala-galanya.” Itu reaksi ringkas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim kepada media ketika ditemui selepas menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, di sini hari ini. Ismail yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar adalah diantara 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang menghadap Tuanku Syed Sirajuddin dan difahamkan pertemuan itu adalah bagi membincangkan mengenai soal siapa dalam kalangan mereka yang bakal dilantik menjawat kerusi nombor satu itu. Dikatakan juga, pertemuan tersebut diadakan bagi membolehkan Tuanku Syed…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya