ORISSA, India – Seekor beruang yang menyerang seorang pemandu teksi mati dipukul sekumpulan penduduk kampung di sini baru-baru ini. Insiden serangan berlaku apabila mangsa yang berumur 27 tahun menghampiri beruang berkenaan untuk merakam gambar swafoto. Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila beruang berkenaan secara tiba-tiba menyerang mangsa. Lelaki itu meminta pertolongan dan jeritan mangsa menarik perhatian orang ramai di situ. Penduduk membawa pelbagai peralatan seperti kayu dan tombak sebagai senjata lalu memukul beruang itu hingga mati. Mangsa yang cedera ringan disahkan selamat. Spesies beruang yang mati itu belum disahkan. India…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya