KUALA LUMPUR 23 Mei – Bersih 2.0 meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad segera memecat tujuh pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa kehilangan kepercayaan awam dan bersubahat dalam salah laku sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini. Pemangku Pengerusinya, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, pihaknya turut mencadangkan Perdana Menteri menggantung tugas Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan Timbalannya, Tan Sri Othman Mahmood bagi menjalankan siasatan. “Walaupun terdapat banyak bukti kukuh dan masalah pengurusan dalam PRU14, tidak ada satu pun pesuruhjaya SPR mahupun pegawai SPR tampil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya